Dubai, 23 November 2021: Delegasi Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Datuk Sheikh Mahmood Naim mengadakan kunjungan ke Dubai Investment Expo 2020 adalah bagi mempromosikan Sistem “E-10: Permit Pembinaan Ekspress” yang akan digunapakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Kedah ke peringkat antarabangsa.

 

Sistem E-10 merupakan kaedah permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi sesebuah pembinaan bangunan atau kilang sehingga Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta lesen pengoperasian diperolehi.

Proses itu disasarkan siap dalam tempoh 10 bulan atau tempoh yang dipersetujui bermula tarikh permohonan tersebut dimajukan kepada PBT.

Langkah tersebut membolehkan perusahaan atau kilang tersebut dapat beroperasi dan mengeluarkan produk dalam waktu yang disasarkan seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Negeri Kedah.

Skip to content