28 NOVEMBER 2021 (AHAD)

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU SUKU KE 03 TAHUN 2021

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Suku Tahun Ketiga Tahun 2021 Majlis Daerah Bandar Baharu telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., secara hibrid bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan dan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 9.00 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan meluluskan Minit Mesyuarat MBJ Suku Tahun Kedua Tahun 2021 Majlis Daerah Bandar Baharu yang diadakan pada 11 Ogos 2021 (Rabu).

Mesyuarat membincangkan pelbagai isu yang melibatkan kebajikan pekerja, antaranya termasuklah pengurusan sumber manusia /perjawatan, keperluan peralatan / kemudahan dan keselamatan pejabat.

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat MBJ yang hadir secara bersemuka dan secara atas talian.

Turut menyertai mesyuarat ini ialah Ketua-ketua Bahagian / Unit dan wakil-wakil dari pihak pekerja Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content