28 NOVEMBER 2021 (AHAD)

TAKLIMAT RINGKAS MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN DAN MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 11 TAHUN 2021

Taklimat ringkas mengenai Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) disampaikan oleh Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK., Setiausaha MPLBP bertempat di Bilik Mesyuarat MPLBP bermula jam 10.00 pagi.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Seterusnya Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 11/2021 dipengerusikan secara hibrid oleh Yang Dipertua MDBB dan dihadiri oleh Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MDBB serta Urus Setia yang terlibat secara bersemuka dan secara maya melalui aplikasi Google Meet bermula jam 11.00 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2021 bertarikh 31 Oktober 2021, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 11 Tahun 2021 bertarikh 23 November 2021 serta pembentangan kertas kerja baru dan perbincangan hal-hal lain.

Mesyuarat diteruskan dengan Pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik COVID-19 dan Program Imunisasi COVID-19 di Daerah Bandar Baharu sehingga 27 November 2021.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dalam mesyuarat penuh pada kali ini dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Skip to content