02 DISEMBER 2021 (KHAMIS)

 PROGRAM SENAMROBIK DAN GOTONG-ROYONG MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU

Program Senamrobik dan Gotong-Royong telah diadakan pada 02 Disember 2021 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Depoh Kenderaan, Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan pekerja dan menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar pejabat.

Program Senamrobik tersebut dipimpin oleh Encik Abdul Rashid Bin Abu, Pembantu Awam MDBB yang juga merupakan jurulatih kecergasan di kawasan Serdang, Kedah.

Program diteruskan lagi dengan gotong-royong pembersihan kawasan dalam dan luar pejabat MDBB.

Turut hadir bersama bagi memeriahkan program adalah Ketua-Ketua Bahagian dan Warga Kerja MDBB.

Skip to content