JOM DERMA DARAH SEMPENA PROGRAM DERMA DARAH PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2021
Semua dijemput hadir untuk menderma darah pada ketetapan berikut :
Tarikh: 11 Disember 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi- 3.00 petang
Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah Darul Aman.
Syarat-syarat asas untuk menderma darah :
1) Berumur 18-60 tahun (individu 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran penjaga)
2) Sihat tubuh badan
3) Berat 45kg dan ke atas
4) Tidur melebihi 5jam
5) Makan mencukupi sebelum menderma darah
6) 7 hari selepas mengambil vaksin Covid-19
7) Elakkan aktiviti fizikal yang berat sebelum menderma darah
Sila patuhi SOP
1) Patuhi penjarakan sosial & pakai pelitup muka.
2) Kanak-kanak tidak dibenarkan hadir.
3) Individu penderma sahaja yang hadir.
4) Sekiranya tidak sihat, tidak dibenarkan hadir.
Setitis Darah Sejuta Harapan