PROGRAM BANTUAN KEMASYARAKATAN DAERAH POKOK SENA TAHUN 2021

 
Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBAS dengan Kerjasama Ahli Majlis merangkap Pegawai Kawasan Zon 16-Hutan Kampung / Jabi dan Zon 17-Sena telah mengadakan Program Bantuan Kemasyarakatan Daerah Pokok Sena Tahun 2021 pada 04 Disember 2021 yang lalu bertempat di Pejabat MBAS Cawangan Pokok Sena.
 
Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad bin Abdullah, Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 16-Hutan Kampung/Jabi. Pengurusan Tertinggi MBAS dan pemimpin masyarakat setempat turut hadir menyampaikan sumbangan dalam majlis berkenaan.
 
Program Bantuan tersebut dijalankan secara 3 kaedah iaitu penyerahan bantuan pada hari program, penerima hadir ke pejabat dan penyerahan terus ke rumah penerima.
 
Sumbangan berjumlah RM 20 ribu merangkumi 2 jenis bantuan iaitu sebanyak RM 10 ribu berupa baucar barangan persekolahan bernilai RM 200 kepada 50 orang murid sekolah rendah (ditebus di Zon Ria Pokok Sena), manakala sebanyak RM 10 ribu lagi berupa bantuan barangan keperluan harian (Bakul Makanan) bernilai RM 100 kepada 100 buah keluarga kurang berkemampuan / miskin tegar.
 
#alorsetarcitycouncil
#bandarayaberdayahuni2035
#bantuankemasyarakatan
 
Skip to content