08 DISEMBER 2021 (RABU)

 MAJLIS LAMBAIAN KASIH SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2021

Majlis Lambaian Kasih Sesaat Bersama Seabad Terasa Majlis Daerah Bandar Baharu Tahun 2021 ini diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah Darul Aman pada jam 7.45 malam tertakluk kepada pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Majlis ini diadakan bagi meraikan Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu yang telah bersara dan Pegawai yang telah bertukar ke tempat bertugas yang baru bagi tahun 2021.

Majlis bertemakan retro / klasik ini dimulakan dengan ketibaan perarakan tetamu jemputan yang diraikan iaitu Encik Azman Bin Jamaludin yang telah bersara pada 1 Februari 2021.

Majlis diberkati dengan bacaan doa oleh Encik Muhamad Nazirul Mubin Bin Zahari, Pembantu Penguatkuasa MDBB dan diteruskan dengan tayangan video ringkas yang bertajuk “Lambaian Kasih Sesaat Bersama Seabad Terasa”.

Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan penghargaan oleh tetamu jemputan yang telah bersara iaitu Encik Azman Bin Jamaludin dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada para tetamu jemputan yang diraikan iaitu Pesara dan Penerima-Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020.

Tuan Yang Dipertua MDBB turut berkesempatan bergambar bersama-sama para tetamu jemputan dan hadirin yang hadir dalam Majlis tersebut.

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian Anugerah Pakaian Retro Wanita dan Lelaki Terbaik serta hadiah cabutan bertuah sumbangan Kelab Sukan & Kebajikan MDBB serta Tuan Yang Dipertua MDBB dan Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh Warga Kerja MDBB yang telah bersara dan Pegawai yang bertukar ke tempat baru.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima APC bagi tahun 2020 serta terima kasih kepada pihak Urus Setia dan para hadirin yang menjayakan Majlis ini.

 

Skip to content