5 DISEMBER 2021 (AHAD)

PROGRAM RAKAN MUDA DAY OUT : GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TAMAN REKREASI BATU HAMPAR, AIR PUTEH, SERDANG, KEDAH DARUL AMAN

Program Gotong-Royong Batu Hampar, Air Puteh, Serdang, Kedah yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Persatuan Belia Melayu Aktif (PEBMA) dan Majlis Belia Daerah Bandar Baharu bersempena Hari Kesukarelawan Belia 2021 diadakan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula jam 8.00 pagi.

Program dimulakan dengan Sesi Pendaftaran peserta dan diteruskan dengan majlis perasmian oleh Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Muhammad Afnan Bin Mohd Roze.

Program diteruskan lagi degan aktiviti gotong-royong yang melibatkan beberapa kawasan iaitu pembersihan tandas, tapak niaga, laluan pejalan kaki dan taman kanak-kanak.

Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia di samping memberi pendedahan tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan dan memupuk budaya hormat-menghormati.

Turut serta bersama-sama ialah Ahli-Ahli Majlis MDBB, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd., Penghulu Mukim Serdang serta Ketua-Ketua Bahagian & Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang terlibat !

 

Skip to content