PROGRAM BERKHATAN PERDANA AHLI MAJLIS ZON 10 DAN ZON 16

Program tersebut telah diadakan pada 21 Disember 2021 (Selasa) jam 8.30 pagi bertempat di Wisma Amal Kedah Lot 88, Sungai Petani, Kedah. Sekitar 90 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam program tersebut. Program tersebut merupakan anjuran Dr Mohd Ali bin Sulaiman dan Encik Ahmad Fauzi bin Ramli, Ahli Majlis Zon 10 dan Zon 16.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir bersama bagi menjayakan program tersebut ialah Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani bersama Puan Hajjah Noorlaila binti Bakir, BCK., Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta serta Encik Mohd Yusri bin Mohamad Yusop, BCK., Ketua Bahagian Teknologi Maklumat iaitu merangkap pegawai penyelaras Zon 10 dan Zon 16 MPSPK.

Skip to content