PROGRAM PEMANGKIN INTEGRITI ‘RULE OF LAW’ SIRI 2

Program ini telah berlangsung pada 22 Disember 2021 (Rabu) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Auditorium, Kompleks Jeti Semeling. Program tersebut merupakan anjuran MPSPK dan dihadiri oleh 55 orang termasuk Ahli-Ahli Majlis MPSPK dan warga kerja MPSPK terdiri daripada Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian. Penceramah jemputan adalah Tuan Khairul Anuar bin Johari (CEIO), Mantan Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Program tersebut juga dihadiri oleh Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin SDK., AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Turut hadir, Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Skip to content