14 DISEMBER 2021 (SELASA)

LAWATAN PENGESAHAN SIAP KERJA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF LANDSKAP TAMAN TASIK PENTADBIRAN BAGI MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU

Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Muhammad Afnan bin Mohd Roze bersama-sama Encik Saharudin Bin Abu Rohan (Ketua Pengarah) dan Puan Afza Binti Said (Penolong Pengarah Kanan) daripada Jabatan Landskap Negara menghadiri lawatan tapak projek Menaiktaraf Landskap Taman Tasik Pentadbiran, Serdang, Kedah Darul Aman.

Lawatan ini bertujuan meninjau kawasan tapak projek dan mengesahkan kerja-kerja yang telah disiapkan bagi menaiktaraf landskap di kawasan sekitar Taman Tasik Pentadbiran, Serdang, Kedah oleh Pihak Jabatan Landskap Negara.

Turut serta di dalam lawatan ini dengan pematuhan SOP ialah Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan MDBB, Ketua Bahagian Kejuruteraan MDBB, Pihak Perunding dan Kontraktor yang dilantik.

 

Skip to content