16 DISEMBER 2021 (KHAMIS)

MAJLIS ANGKAT SUMPAH JURUTERA DAERAH JPS KULIM/BANDAR BAHARU SEBAGAI AHLI MAJLIS MDBB DAN MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL.12/2021

Majlis Angkat Sumpah Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Kulim/Bandar Baharu sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu bagi penggal 2021/2022, iaitu Encik Masnizan Bin Mustapha, PJK., telah disempurnakan secara hibrid pada jam 9.00 pagi dan disaksikan oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bilangan 12 Tahun 2021 yang juga dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua MDBB secara hibrid bermula jam 9.15 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 11 Tahun 2021 yang diadakan pada 23 November 2021 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baru iaitu Permohonan Permit Kecil Bangunan Bagi Mendirikan Kabin Tapak Pejabat, Kabin Pekerja, Stor, Pondok Pengawal, Tandas dan Ruang Mandi Untuk Cadangan Mendirikan Skim Perumahan.

Mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB iaitu 40 projek telah berjaya selesai dalam tempoh piagam dengan kadar peratusan selesai ialah 100% .

Turut serta dalam mesyuarat secara maya ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB berkaitan.

 

Skip to content