14 DISEMBER 2021 (SELASA)

 MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BIL. 2/2021

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu bermula jam 12.30 tengah hari.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Pengerusi yang mengalu-alukan kehadiran ahli pegawai dan ahli pekerja yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MDBB.

Mesyuarat diteruskan dengan menerima dan mengesahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MDBB bilangan 1 tahun 2021 yang diadakan pada 22 September 2021 dan seterusnya membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat jawatankuasa yang lalu.

Selain itu, ahli mesyuarat juga turut memberi cadangan untuk mengadakan taklimat dan latihan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja bagi tahun 2022.

Tuan Pengerusi juga menyatakan bahawa setiap kakitangan perlu sentiasa mengamalkan, menambahbaik dan menguatkuasakan tata amalan kerja selamat supaya menjadi amalan dan budaya dalam melaksanakan tugas seharian.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi berharap semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam satu pasukan supaya dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Majlis Daerah Bandar Baharu dan membudayakan norma baharu.

 

Skip to content