22 DISEMBER 2021 (RABU)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 12 TAHUN 2021

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 12 Tahun 2021 dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., secara Hibrid bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan Kertas Kerja Terma Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Pembangunan Di Antara Majlis Daerah Bandar Baharu dan Dutamas Development Sdn. Bhd. oleh Ketua Bahagian Undang-undang dan Penguatkuasaan MDBB, Puan Juwairiyah Binti Hamdan.

Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan majlis menandatangani perjanjian di antara Pengarah Dutamas Development Sdn. Bhd. iaitu Encik Ku Sim Kuan bersama Tuan Yang Dipertua MDBB disaksikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Mohamad Afnan Bin Mohd Roze dan Ahli Majlis MDBB iaitu Encik Mohd Mustaffa Kamal Bin Shaik Ismail, AMP., BKM., PJK.

Sesi yang kedua pula melibatkan majlis penyerahan cek bayaran oleh wakil daripada Kedah Holdings Sdn. Bhd. yang terdiri daripada Pengurus Kanan, Encik Mohamad Sohaimi Bin Mohd Yusoff dan Jurutera Tapak, En. Mohamad Nurul Nizam Bin Mohamad Rafi kepada pihak MDBB bagi Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Pembangunan di antara Majlis Daerah Bandar Baharu dan Kedah Holdings Sdn. Bhd.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 11 Tahun 2021 bertarikh 28 November 2021, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 12 Tahun 2021 bertarikh 16 Disember 2021 serta pembentangan kertas kerja dan perbincangan hal-hal lain.

Seterusnya, pembentangan ringkas oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik COVID-19 dan Program Imunisasi COVID-19 di Daerah Bandar Baharu sehingga tarikh 21 Disember 2021.

Tuan Yang Dipertua MDBB turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis MDBB bagi Penggal 2020/2021 di atas kerjasama yang baik diberikan sepanjang tahun dalam usaha membangunkan Daerah Bandar Baharu ini.

Akhir sekali, sesi diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada semua Ahli-Ahli Majlis yang hadir pada mesyuarat kali ini berserta sesi penyerahan sijil dan sesi bergambar bersama-sama majlis sambutan hari lahir Ahli Majlis MDBB.

Turut hadir di dalam mesyuarat secara maya dan bersemuka ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB dan urus setia yang terlibat.

Skip to content