PELEPASAN MISI BANTUAN MANGSA BANJIR KE NEGERI SELANGOR

Pelepasan Misi Bantuan mangsa banjir Selangor telah berlangsung pada 22 Disember 2021 (Rabu) jam 4.00 petang bertempat di Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Pelepasan misi bantuan mangsa banjir tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin SDK., AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Turut hadir bersama ialah Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Seramai 29 orang warga kerja MPSPK yang terdiri daripada pelbagai jabatan dalaman ditugaskan untuk misi tersebut. Jentera-jentera MPSPK iaitu sebanyak 4 buah lori dan 2 buah kenderaan yang turut membawa barangan keperluan asas bagi mangsa-mangsa banjir. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar petugas-petugas tersebut selamat tiba ke destinasi dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Skip to content