27 DISEMBER 2021 (ISNIN)

 MESYUARAT MAJLIS PENUH KHAS MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 4 TAHUN 2021

Mesyuarat Majlis Penuh Khas Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 4 Tahun 2021 dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., secara maya melalui aplikasi “Google Meet” bermula jam 9.00 malam.

Tuan Pengerusi memaklumkan mesyuarat penuh khas ini diadakan bertujuan untuk meluluskan beberapa kertas kerja yang terlibat dan perlu untuk makluman dan perbincangan bersama Ahli-ahli Majlis MDBB bagi mencapai persetujuan bersama.

Mesyuarat diteruskan dengan menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Penuh Khas Bilangan 3 Tahun 2021 bertarikh 06 Disember 2021 dan perbincangan maklum balas perkara-perkara berbangkit.

Seterusnya, Tuan Setiausaha membentangkan 4 kertas kerja baru di mana 2 kertas kerja melibatkan pemakluman keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Kedah  dan 2 lagi kertas kerja iaitu Cadangan Pengenaan Royalti Bagi Caj Pemajuan dan Permohonan Sewaan Premis Ruang Niaga milik MDBB. Setelah itu, mesyuarat diteruskan dengan perbincangan hal-hal lain.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 dan juga ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Majlis MDBB Lantikan Penggal 2020/2021 atas khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tahun 2021.

Turut hadir di dalam mesyuarat secara maya ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-ahli Majlis MDBB, Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB dan urusetia yang terlibat.

Skip to content