KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK.

BIL. NO. SEBUT HARGA TAJUK KOD BIDANG
1. 01/2022
(KEJ)
Sebut Harga Bagi Membekal Premix di Majlis Perbandaran Sungai Petani

090199
atau
090101

2. 02/2022
(KEJ)
Sebut Harga Bagi Membekal dan Menghantar Tarmac (Tarbag 50kg) Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani

090101
atau
090201

3. 03/2022
(KEJ)
Sebut Harga Bagi Membekal dan Menghantar Campuran Asfalt Sejuk (Cold Asphalt Concrete) Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani

090101
atau
090201

Harga Dokumen : RM10.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 02 Januari 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 16 Januari 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 30 Disember 2021

Skip to content