KAYUHAN SANTAI KELUARGA SEJAHTERA

Sekitar program Kayuhan Santai Keluarga Sejahtera bersama YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah. Kayuhan tersebut telah melibatkan sekitar 500 orang peserta dengan laluan sepanjang 14km. Kayuhan santai tersebut juga merupakan salah satu acara sempena Karnival Keluarga Sejahtera yang berlangsung pada 1 Januari 2022 (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi di Dataran Zero Kilometer, Sungai Petani.

Turut mengiringi beliau, YB Dr Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam merangkap ADUN Sidam dan YB Tuan Azman bin Nasruddin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Jawatankuasa Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Jawatankuasa Masyarakat India.

Turut bersama, Dato’ Haji Abdullah bin Haji Hashim, DSDK., SDK., AMK., BCK, Pegawai Daerah Kuala Muda dan Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Pelepasan peserta juga telah disempurnakan oleh Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani bersama YB Tuan Azman Bin Nasruddin.

Turut serta, barisan Ahli Majlis MPSPK, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK.

 

Skip to content