06 JANUARI 2021 (KHAMIS)

MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU ANJURAN BERSAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

Majlis Bacaan Yaasin Perdana ini diadakan secara bersemuka bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan secara maya melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.30 pagi yang dipimpin oleh Pembantu Tadbir Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu iaitu Saudara Ali Al Imran bin Abdul Kadir.

Majlis ini diadakan sebagai sambutan bagi tahun baru 2022 untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh masyarakat Daerah Bandar Baharu supaya permulaan tahun 2022 diberkati dan beroleh rahmat Allah SWT serta dihindari dari segala wabak penyakit khususnya pandemik Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.

Majlis Bacaan Yaasin Perdana ini dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan turut hadir bersama-sama di dalam majlis ini ialah Yang Berhormat ADUN Bandar Baharu, YB. Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor, DSDK., SMK., BCM., PJK., Ketua Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu (Pembangunan) / Setiausaha MDBB, Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu di lokasi masing-masing.

Yang Berhormat ADUN Bandar Baharu juga turut mengucapkan selamat tahun baru 2022 dan penghargaan terima kasih buat seluruh pentadbiran dan jabatan-jabatan di Daerah Bandar Baharu di atas sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2021 dan berharap konsep Keluarga Malaysia atau Keluarga Bandar Baharu dapat merapatkan lagi hubungan dan kerjasama antara semua pihak.

AKhir sekali, Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu mengucapkan selamat tahun baru 2022 dan berharap semua Warga Kerja Pentadbiran Daerah Bandar Baharu dapat bekerja dengan lebih rajin dan berintegriti dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya.

Skip to content