06 JANUARI 2022 (KHAMIS)

 SESI LAWATAN TAPAK OLEH PIHAK PLANMALAYSIA@KEDAH KE TASIK SERI SERDANG, DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN.

Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu telah menghadiri lawatan tapak bersama pihak PlanMalaysia@Kedah untuk Kajian Pelan Pembangunan Tasik Seri Serdang bagi meninjau potensi serta mendapatkan gambaran keadaan semasa di tapak.

Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., turut berkesempatan untuk hadir bersama di dalam perbincangan berkenaan idea dan hala tuju bagi kajian pelan pembangunan tersebut bersama pihak PlanMalaysia@Kedah yang diwakili oleh Timbalan Pengarah, Tuan Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani, Ketua Penolong Pengarah, Puan Wirda Asmat dan Penolong Pengarah, En. Mohammad Syafiq Bin Zakaria bertempat di Bilik Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Hadir bersama di dalam lawatan tapak dan perbincangan ini ialah Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan serta Ketua Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan MDBB.

 

Skip to content