9 JANUARI 2022 (AHAD)

Program Gotong-Royong di kawasan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Kenanga, Serdang, Kedah yang dianjurkan oleh Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd., Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bandar Baharu dan KRT Taman Kenanga.

Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan Sesi Pendaftaran peserta dan diteruskan dengan ucapan ringkas Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., yang turut merasmikan program gotong-royong tersebut.

Program diteruskan dengan penyerahan sumbangan anak pokok dan baja oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu kepada wakil penduduk Taman Kenanga.

Aktiviti gotong-royong ini dimulakan seawal jam 9.15 pagi dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Peralatan dan mesin untuk tujuan pembersihan telah dibawa sendiri oleh setiap jabatan atau agensi berkenaan bagi mengelakkan perkongsian peralatan dan mesin di kalangan para peserta gotong-royong.

Tujuan gotong-royong ini dijalankan adalah untuk menerapkan semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab yang juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak Pihak Berkuasa Tempatan dengan penduduk setempat, sekaligus membantu mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang sejahtera.

Selain itu, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanggungjawab pembersihan dan keceriaan taman tidak bergantung kepada PBT sahaja, malah masyarakat perlu memainkan peranan bersama-sama menjaga persekitaran.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan atau agensi yang terlibat atas kesudian bekerjasama dengan pentadbiran Majlis Daerah Bandar Baharu bagi menjayakan program gotong-royong tersebut.

Turut serta bersama-sama ialah Setiausaha MDBB, Ketua-Ketua Bahagian serta Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang terlibat.

Skip to content