KENYATAAN TENDER

Tender terbuka ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor (PPK) bertaraf Bumiputera, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan MPSPK serta masih sah dan dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut.

BIL. PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TEMPAT BERKUMPUL JAM TARIKH LAWAT TAPAK
1.

Program Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada (Termasuk Industri Halal) di Bawah Kumpulan Wang Amanah Covid-19 (KWC-19) Bagi Negeri Kedah (Kawasan Perindustrian Bukit Selambau)

No. Tender : 04/2022 (KEJ)

CIDB Gred G5
Kategori CE
Pengkhususan CE01

*Hanya pemilik / pengarah syarikat yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak

Kawasan Perindustrian Bukit Selambau 10.30 pagi 19 Januari 2022
(Rabu)

Lawatan tapak DIWAJIBKAN

Harga Dokumen : RM350.00 (Bagi setiap tender – bayaran tidak akan dikembalikan)
Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank / Cek / Wang Pos dan dibuat atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Dokumen tender ini boleh didapati dari Tingkat 1, Laluan Auditorium, Bahagian Perolehan, Jabatan Kewangan pada hari dan waktu waktu seperti berikut :-

Tarikh Jualan Dokumen : 19 Januari 2022 (Rabu)
Tarikh Tutup Jualan Dokumen : 08 Februari 2022 (Selasa)

Dokumen boleh didapati pada waktu pejabat seperti berikut :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen tender.

Tarikh tutup tender ialah pada jam 09 Februari 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermetri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Tingkat 1, Bahagian Perolehan, Jabatan Kewangan, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat dengan tawaran terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 11 Januari 2022

Skip to content