12 JANUARI 2022 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT NEGERI KEDAH DARUL AMAN BILANGAN 4 TAHUN 2021

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK., Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan dihadiri oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom bermula jam 2.30 petang.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berhormat Dato’ Pengerusi dan diteruskan dengan pengesahan minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit Negeri Kedah Bilangan 2 dan 3 tahun 2021 bertarikh 13 September 2021.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan seterusnya pembentangan Laporan Unit Audit Dalam, Laporan Jabatan Audit Negara, Laporan Kemajuan Kerja Unit Audit Dalam dan Draf Rancangan Audit Tahun 2022.

Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu telah mengambil maklum teguran Audit Negeri Kedah dan akan mengambil tindakan serta melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Ahli Jawatankuasa Tetap Audit Negeri Kedah, Majlis Kebajikan & Sukan Anggota Kerajaan Negeri Kedah, Pengurus Besar State Secretary Kedah (Incorporated), Pejabat Daerah & Tanah Negeri Kedah yang terlibat, Setiausaha MDBB, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit MDBB.

Skip to content