13 JANUARI 2022 (KHAMIS)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐀𝐊) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐎𝐑 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 4 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐌𝐃𝐁𝐁

Mesyuarat JKPAK dan Pengurusan Stor Bilangan 4 Tahun 2021 MDBB dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu bermula jam 11.00 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat JKPAK dan Pengurusan Stor Bilangan 3 Tahun 2021 MDBB bertarikh 11 Oktober 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan perkara-perkara baharu iaitu pembentangan laporan-laporan bagi Suku Keempat Tahun 2021.

Antara laporan – laporan yang dibentangkan ialah Laporan Peruntukan Perolehan Aset Alih dan Stok, Laporan Kedudukan Semasa / Pemeriksaan / Penyelenggaraan / Pindahan / Pelupusan / Hapus Kira Aset Alih dan disusuli dengan Laporan Kedudukan Semasa Stok MDBB keseluruhannya bagi Suku Tahun Keempat 2021.

Turut hadir bersama ialah Penolong Akauntan MDBB, Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MDBB serta ahli-ahli dan Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaaan (JKPAK) dan Pengurusan Stor MDBB.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 (𝗝𝗣𝗞𝗔) 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 4 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗠𝗗𝗕𝗕

Mesyuarat JPKA Bilangan 4 Tahun 2021 MDBB dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu bermula jam 12.00 Tengah hari.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat JPKA Bilangan 3 Tahun 2021 MDBB bertarikh 11 Oktober 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan perkara-perkara baharu iaitu Laporan JPKA Suku Tahun Keempat 2021 (Oktober 2021 – Disember 2021).

Laporan-laporan JPKA yang dibentangkan termasuklah Laporan Pengurusan Bajet (Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan), Laporan Pengurusan Perakaunan (Kumpulan Wang Amanah / Akaun Amanah), Laporan Pengurusan Perolehan (Tender, Sebut Harga, 𝘦-𝘉𝘪𝘥𝘥𝘪𝘯𝘨, Kontrak Pusat & Kontrak Pusat Sistem Panel, Rundingan Terus/Tender Terhad), Laporan Pengurusan Aset dan Stor serta Laporan Tunggakan Hasil keseluruhannya bagi Suku Keempat Tahun 2021.

Turut hadir bersama ialah Penolong Akauntan MDBB, Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MDBB serta Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) MDBB.

Skip to content