LAWATAN KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA, PULAU PINANG KE DAERAH KUALA MUDA

Sekitar lawatan Konsul Bapak Bambang Suharto, Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Pulau Pinang ke Daerah Kuala Muda. Lawatan telah bermula pada jam 9.45 pagi di Kompleks Jeti Semeling. Lawatan seterusnya bergerak ke Ladang Tiram Sungai Merbok sebelum berakhir dengan jamuan tengah hari di Restoran Terapung Teluk Bayu.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Turut bersama, Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani serta Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK.

Skip to content