16 JANUARI 2022 (AHAD)

 MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BAGI PENGGAL 2022-2023

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu bagi penggal 2022-2023 telah diadakan secara bersemuka bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Saudara Muhammad Nazirul Mubin Bin Zahari, Pembantu Penguatkuasa MDBB dan disusuli dengan sesi Angkat Sumpah oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., serta 3 orang Ahli Majlis Ex-Officio dan 12 orang Ahli Majlis Politik yang dilantik.

Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh Tuan Yang Dipertua MDBB yang mengalu-alukan kedatangan semua Ahli Majlis yang telah dilantik dan memaklumkan bahawa beliau juga akan bertukar ke Majlis Daerah Yan, Yan, Kedah berkuat kuasa 03 Februari 2022. Tuan Yang Dipertua juga turut berharap supaya kesemua Ahli Majlis dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam membangunkan Daerah Bandar Baharu dan meneruskan kerjasama yang baik dengan Pegawai Daerah yang akan datang.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi undian pencalonan Ketua Whip dan Timbalan Ketua Whip di kalangan Ahli Majlis yang baru dilantik. Ahli Majlis yang terpilih sebagai Ketua Whip ialah Encik Rohaizat bin Jaafar, PJK., manakala Timbalan Ketua Whip ialah Encik Muhamad Khairul Azmi bin Rosli.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama Ahli-Ahli Majlis MDBB lantikan 2022-2023.

Hadir sama di dalam majlis angkat sumpah ini ialah Setiausaha MDBB, Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB dan Urus Setia yang berkaitan.

 

Skip to content