Khamis, 20.01.2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Anggota Majlis Perbandaran Kulim bagi bulan Januari 2022. Majlis perhimpunan yang pertama kali diadakan semenjak pandemic Covid-19 melanda serta majlis pertemuan pertama Tuan Yang Dipertua bersama seluruh warga kerja MPKK.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, bacaan doa dan bacaan ikrar perkhidmatan.Turut hadir adalah Puan Setiausaha dan Pengarah-pengarah Jabatan. Antara intipati ucapan Tuan Yang Dipertua adalah setiap anggota perlu segera menyesuaikan diri dalam kehidupan norma baharu termasuk dalam amalan kerja, pengurusan dan pentadbiran jabatan.

Tuan Yang Dipertua turut mengucapkan penghargaan kepada para anggota yang mengambil bahagian melaksanakan misi bantuan kepada pihak yang terkesan dengan bencana banjir di Yan dan di Selangor.

Saranan agar terus memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada para pelanggan. Kesungguhan semangat kerja berpasukan, bekerjasama dan amalan intergriti adalah resipi penting untuk kita terus melakar kejayaan.

Skip to content