23 JANUARI 2022 (AHAD)

MAJLIS ANGKAT SUMPAH, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 1 TAHUN 2022.

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Ex-Officio iaitu Penolong Pengarah PLANMalaysia@Kedah dan Jurutera Daerah JKR Kulim/Bandar Baharu serta seorang Ahli Majlis Politik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu bagi penggal 2022/2023 telah disempurnakan pada jam 10.00 pagi dan disaksikan oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., bertempat di Dewan Seminar, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Kampung Keda Ulu Legong, Baling, Kedah.

Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 1 Tahun 2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 12 Tahun 2021 yang diadakan pada 16 Disember 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Disember 2021.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Bandar Baharu sehingga 31 Disember 2021.

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content