23 JANUARI 2022(AHAD)

MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL.1/2022

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bil. 1/2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Seminar, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Kampung Keda Ulu Legong, Baling, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 12 Tahun 2021 yang diadakan pada 16 Disember 2021 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baru iaitu Permohonan Kebenaran Merancang, Permohonan Pelan Bangunan serta Cadangan Membina dan Menyiapkan rumah di mukim Bandar Baharu.

Mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB iaitu terdapat 4 permohonan masih di dalam proses.

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal serta Ketua-Ketua Bahagian / Unit dan Urus Setia MDBB yang terlibat.

Skip to content