23 JANUARI 2022 | LAWATAN RRB MC KE DATARAN MEDAN BANDAR ALOR SETAR

Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima lawatan daripada kelab permotoran RRB MC dari Shah Alam, Selangor yang dianggotai oleh 18 penunggang motosikal berkuasa tinggi bertempat di Dataran Medan Bandar Alor Setar. Pihak MBAS mengucapkan terima kasih kepada kelab permotoran RRB MC kerana memilih Dataran Medan Bandar bagi mempromosikan Bandaraya Alor Setar di dalam kalangan penggemar jentera motosikal berkuasa tinggi.

#alorsetarcitycouncil
#bandarayaberdayahuni2035

 
Skip to content