MAJLIS SERAH TUGAS PUAN SETIAUSAHA

Sekitar Majlis Serah Tugas Puan Setiausaha yang berlangsung pada 31 Januari 2022 (Isnin) jam 9.30 pagi di Bilik Gerakan, MPSPK. Majlis Serah Tugas Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK, kepada Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, telah disempurnakan di hadapan Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani mengucapkan terima kasih kepada Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK, atas segala khidmat bakti sepanjang berada di MPSPK. Sekalung ucapan tahniah juga dirakamkan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Kedah (Pembangunan).

Turut hadir dalam majlis tersebut adlaah Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK.

Skip to content