KEMASKINI MAKLUMAT PEMILIKAN HARTA DI MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar menyarankan supaya pemegang cukai taksiran membuat pengemaskinian maklumat bagi mengelakkan dikenakan tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 160(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Sekiranya pihak penjual, pembeli atau pewaris gagal untuk mematuhi peruntukan Seksyen 160 Akta 171 tersebut, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU (RM 2,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya mengikut peruntukan Seksyen 160(6) Akta 171.

Pengemaskinian maklumat perlu dilakukan dengan cara PENGISIAN & PENYERAHAN BORANG I DAN BORANG J.

Sila muat turun borang di pautan 

Muat Turun Borang

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 04-7349293 samb 811.

#alorsetarcitycouncil
#bandarayaberdayahuni2035
#kemaskinimaklumatpemilikanharta

Skip to content