7 FEBRUARI 2022 (ISNIN)

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS BAGI PENGGAL 2022 – 2023 MAJLIS DAERAH YAN (MDY)

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan ringkas oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. , Yang Dipertua Majlis Daerah Yan dan beliau mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Majlis yang dilantik.

Tuan Yang Dipertua juga menyatakan bahawa Daerah Yan mempunyai aset semulajadi yang cukup lengkap dan sangat berpotensi iaitu terdapat kawasan laut, persisiran pantai, pulau-pulau, Gunung Jerai dan dataran sawah padi.

Justeru itu, Daerah Yan mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam aspek pelancongan untuk dibangunkan dan dimajukan . Sehubungan itu, Tuan Yang Dipertua berharap supaya semua Ahli Majlis dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam memajukan Daerah Yan sebagai Daerah Pelancongan Desa yang mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat serta menjana hasil kepada Majlis Daerah Yan.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi Angkat Sumpah menerima lantikan dan menandatangani perakuan menerima jawatan yang didahului oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. serta disusuli dengan dua orang Ahli Majlis Ex-Officio iaitu Puan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Yan dan Tuan Jurutera Daerah JKR Yan serta 4 orang Ahli Majlis Politik yang dilantik.

Setelah selesai sesi angkat sumpah menerima jawatan tersebut, majlis diteruskan lagi dengan sesi suai kenal dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan bersama Ahli-Ahli Majlis Daerah Yan lantikan penggal 2022/2023.Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Hadir bersama di dalam majlis angkat sumpah ini ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Unit MDY dan urus setia program.

Skip to content