9 FEBRUARI 2022 (RABU)

SESI PERJUMPAAN BERSAMA YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU

Sesi perjumpaan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad Bin Rashid, SDK., AMK., BCK., bersama Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MDBB bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Sesi perjumpaan yang turut dihadiri oleh Setiausaha MDBB ini bertujuan menyampaikan isu dan perancangan semasa setiap bahagian dalam menaikkan imej dan mutu perkhidmatan MDBB.

Tuan Yang Dipertua juga menekankan setiap tindakan yang diambil haruslah lebih pantas dan tidak menangguhkan arahan yang diberi seterusnya mengamalkan penambahbaikan berterusan.

Skip to content