MANAGEMENT ACCELERATION PROGRAMME (MAP) 2022

Program Management Acceleration Programme (MAP) 2022 telah berlangsung mulai 08 Februari 2022 hingga 10 Februari 2022 (Selasa hingga Khamis) bertempat di Majlis Perbandaran Sungai Petani. Seramai 10 orang Pegawai Tadbir Negeri N41 (Kontrak) yang baru dilantik telah terlibat dalam program tersebut.

Aturcara program bermula dengan ucapan aluan daripada Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Para peserta seterusnya mengikuti sesi taklimat daripada Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK berkaitan urus tadbir MPSPK sebagai sebuah Kerajaan Tempatan.Antara pengisian lain adalah perlawanan bola sepak antara Pasukan MPSPK dengan Pasukan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri (K.C.S) serta sesi gotong-royong di sekitar Pantai Kampung Huma, Tanjung Dawai.

Program 3 hari tersebut diakhiri dengan majlis penutup pada 10 Februari 2022 (Khamis). Majlis penutupan tersebut disempurnakan oleh Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani. Pihak MPSPK mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua Pegawai Tadbir Negeri yang baru dilantik. Selamat Maju Jaya.

Skip to content