PROGRAM EXPLORASI BERKAYAK SUNGAI MERBOK @ JERAI GEOPARK 2022

Program tersebut telah berlangsung pada 12 Februari 2022 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Merbok dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit, Ahli Parlimen Jerai. Turut bersama beliau adalah Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, barisan Ahli Majlis MPSPK serta Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK.

Program bermula dengan pendaftaran peserta dan diteruskan dengan acara senamrobik serta sesi ‘water confidence’. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit pada jam 10.00 pagi. Para peserta seterusnya berkayak dari Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Merbok sejauh 19 km ke Pantai Merdeka. Laluan kayak turut berhenti di Segantang Garam dan Teluk Bayu sebelum tiba di Pantai Merdeka pada jam 4.00 petang.

Lawatan Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit juga diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan Jerai Geopark di 3 buah galeri yang terdapat di Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Merbok.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)