Sambil menikmati keindahan panorama berlatarbelakangkan kawasan sawah padi yang luas terbentang serta keindahan pemandangan Gunung Jerai, sudah semestinya menjadikan kawasan Kampung Kuala Dulang Kecil, Yan (KKDK) sebagai satu lokasi wajib dikunjungi untuk kalangan para penggemar fotografi dan juga orang ramai.
Biarpun tiada lagi pemandangan hijau kuning sawah yang terbentang luas, namun para pengunjung kini boleh menikmati pula keindahan jerami gulung pada musim menuai padi.
Inisiatif penduduk tempatan KKDK untuk menempatkan lebih 30 gulungan jerami padi di kawasan petak sawah seluas 1.1 hektar menjadi satu daya tarikan baharu untuk orang ramai berkunjung ke situ.
Jom pakat mai ramai-ramai ke Jerami Gulung KKDK yang telah berlangsung bermula 1 Februari 2022 lalu.
Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan.