16 FEBRUARI 2022 (RABU)

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bil. 1/2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah, Yan.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 12 Tahun 2021 yang diadakan pada 20 Disember 2021 yang lalu serta laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baharu iaitu Permohonan Kebenaran Merancang dan Permohonan Pelan Bangunan bagi Daerah Yan.

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Ahli-Ahli Majlis MDY, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal serta Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan urus setia MDY yang terlibat.

Skip to content