16 FEBRUARI 2022 (RABU)

Mesyuarat – mesyuarat ini diadakan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 12 Tahun 2021 yang diadakan pada 20 Disember 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan laporan maklumbalas perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Disember 2021 dan Januari 2022.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Yan mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Yan sehingga 14 Februari 2022.

Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara hibrid ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit serta urus setia Majlis Daerah Yan.

Skip to content