17 FEBRUARI 2022 (KHAMIS)

Mesyuarat Pengurusan Majlis Daerah Yan Bil. 1/2022 ini diadakan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 11.00 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Pengurusan Bilangan 5 Tahun 2021 yang diadakan pada 11 Disember 2021 yang lalu serta laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan beberapa perkara baharu iaitu berkaitan dengan hal ehwal pengurusan Majlis Daerah Yan.

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan urus setia MDY yang terlibat.

Skip to content