17 FEBRUARI 2022 (KHAMIS)

Majlis Bacaan Yasin dan Doa ini merupakan anjuran bersama Majlis Daerah Yan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan diadakan secara maya melalui aplikasi “Google Meet” pada jam 9.15 malam. Majlis Bacaan Yasin ini dipimpin oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Yan iaitu Encik Muhamad Hazwan bin Hashim.

Majlis ini diadakan bagi memohon perlindungan kepada Allah s.w.t agar permulaan Tahun 2022 ini membawa sinar yang baharu untuk seluruh warga kerja di Daerah Yan serta kelancaran Pentadbiran Daerah dalam merancang dan melaksana segala yang terbaik untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat di Daerah Yan.

Selain itu, Majlis ini juga mendoakan agar diberi kekuatan dan kesabaran kepada semua pihak dalam menghadapi dan mendepani segala ujian dan cabaran yang sedang ditempuhi dan bakal mendatang agar dipermudahkan segala urusan dan dilindungi oleh Allah s.w.t.

Majlis Bacaan Yasin ini telah disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Turut serta bersama-sama di dalam majlis ini ialah Ahli – Ahli Majlis MDY, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Yan / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan, Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan), Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian / Unit MDY dan PDTY, Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Penghulu-Penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan.

Semoga Majlis Bacaan Yasin pada hari ini, meskipun ringkas tetapi sangat bermakna, mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. untuk seluruh Pentadbiran Daerah Yan.

Skip to content