21 FEBRUARI 2021 (ISNIN)

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Yan Bilangan 1 Tahun 2022 ini diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Yan pada jam 2.30 petang dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan Perutusan Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat MTMD Daerah Yan Bil. 01/2021 yang bertarikh 23 Februari 2021 yang lalu serta laporan maklumbalas perkara – perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas pertimbangan yang bertajuk Program Tazkiyyah OKP AADK Daerah Yan oleh Encik Mohamad Farid bin Mohd Noor, wakil Ketua Pegawai Anti Dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan.

Turut dibentangkan juga ialah kertas makluman yang bertajuk Program Model I-Pulih OKP Klinik C&C Bukit Mertajam yang dibentangkan oleh Puan Nur Farhana binti Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam.

Mesyuarat MTMD diadakan bagi memantau dan memastikan penyelarasan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras dadah oleh semua agensi serta organisasi yang berkaitan di peringkat Negeri, Daerah dan Bahagian selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2004.

Turut hadir dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini ialah wakil-wakil jabatan / agensi termasuklah Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Negeri Kedah, wakil – wakil YB ADUN Guar Chempedak dan Sungai Limau, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Pejabat Penerangan Daerah Yan, Pejabat Belia & Sukan Daerah Yan, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Yan, Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Muda / Yan, Pejabat Agama Daerah Yan, Pejabat RELA Daerah Yan, Pengerusi Nelayan Kawasan Daerah Yan, Pejabat KEDA Daerah Kuala Muda / Yan, PEMADAM Daerah Yan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan, para Penghulu Mukim Daerah Yan dan urus setia dari AADK Daerah Yan.

Skip to content