Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Daerah (FGD) ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Yan Bilangan 6 Tahun 2021 bertarikh 29 Disember 2021 yang lalu dan seterusnya membincangkan laporan maklumbalas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kemudiannya mengambil maklum dan memperakukan Senarai Permohonan e-Kasih dan Bina Baru / Baik Pulih Rumah yang dibentangkan oleh Penghulu-penghulu Mukim Daerah Yan.

Mesyuarat seterusnya mengambil maklum berhubung pembentangan beberapa Laporan Program / Aktiviti oleh jabatan-jabatan / agensi-agensi berkaitan di Daerah Yan.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah YB ADUN Sungai Limau, wakil YB Dato’ ADUN Guar Chempedak, wakil Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU JPM), wakil YDP Majlis Daerah Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai KEMAS Daerah Yan, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan, Pegawai Zakat Daerah Yan, wakil Pegawai Pertanian Daerah Yan, wakil Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), wakil Pejabat Perikanan Daerah Kuala Muda / Yan, wakil MADA Wilayah IV, wakil Pengurus GIATMARA Jerai, wakil Pegawai RISDA Daerah Kuala Muda / Yan, wakil Jurutera Daerah JKR Yan , Pegawai LKIM Daerah Kedah Selatan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Pegawai KEDA Zon 7 Kuala Muda / Yan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan, para Penghulu Mukim Daerah Yan dan urus setia dari Unit Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Skip to content