24 FEBRUARI 2022 (KHAMIS)
 
KUNJUNGAN HORMAT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH UTARA KE MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU
 
Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad bin Rashid, SDK., AMK., BCK., telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdiri daripada En. Rahimi Bin Arifin selaku Pengarah, En. E Pian A/L Pro Poul dan Puan Roshasliza Binti Sulaiman selaku Perancang Bahasa bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
 
Lawatan kerja tersebut dijalankan bertujuan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu dan isu-isu berkaitan pengesahan iklan dalam bahasa kebangsaan supaya iklan yang dipaparkan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan mematuhi prosedur dan standard piawaian yang telah ditetapkan.
 
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada En. Rahimi Bin Arifin, En. E Pian A/L Pro Poul dan Puan Roshasliza Binti Sulaiman di atas sesi kunjungan hormat pada hari ini.
 
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara Majlis Daerah Bandar Baharu dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara.
Skip to content