21 FEBRUARI 2022 (ISNIN)

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN TAKLIMAT AHLI MAJLIS MDBB PENGGAL 2022-2023 SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 2 TAHUN 2022.

Majlis Angkat Sumpah dan Taklimat Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu bagi penggal 2022/2023 telah disempurnakan pada jam 9.30 pagi dan disaksikan oleh Yang Dipertua MDBB, Tuan Rohaizad bin Rashid, SDK., AMK., BCK., bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bil. 2/2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad bin Rashid, SDK., AMK., BCK., bermula jam 10.30 pagi dilaksanakan secara hibrid.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 1 Tahun 2022 yang diadakan pada 23 Januari 2022 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baru iaitu Permohonan Kebenaran Merancang dan Cadangan Pindaan Kepada Pelan Yang Telah Diluluskan.

Mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB iaitu 2 projek telah berjaya selesai dalam tempoh piagam dengan kadar peratusan selesai ialah 100% .

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio) MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Mesyuarat diteruskan lagi dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 2 Tahun 2022 bermula jam 11.30 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 1 Tahun 2022 yang diadakan pada 23 Januari 2022 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Januari 2022.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Bandar Baharu sehingga 20 Februari 2022.

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content