24 FEBRUARI 2022 (KHAMIS)

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 1 Tahun 2022 diadakan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. pada jam 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Mesyuarat dimulakan dengan Aluan Tuan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 12 Tahun 2021 bertarikh 27 Disember 2021 lalu serta membincangkan laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 1 Tahun 2022 bertarikh 16 Februari 2022 serta pembentangan beberapa taklimat, kertas kerja dan laporan berkaitan serta hal-hal lain.

Tuan Yang Dipertua Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat Majlis Penuh MDY (politik dan ex-officio) yang hadir atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat dijalankan.

Turut hadir di dalam mesyuarat secara hibrid ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) PDTY, Tuan Setiausaha MDY, Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Unit / Jabatan MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content