08 MAC 2022

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) DAN TAKLIMAT KERJASAMA DI DALAM PELAKSANAAN PROJEK KAJIAN DI BAWAH RMK12

Majlis Daerah Bandar Baharu menerima kunjungan hormat daripada pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) seramai 5 orang wakil yang diketuai oleh En. Ahmad Azaruddin Bin Mohd Noor selaku Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar, FRIM manakala Majlis Daerah Bandar Baharu pula diwakili oleh Tuan Rohaizad Bin Rashid., SDK., AMK., BCK., selaku Tuan Yang Dipertua MDBB, En. Muhammad Afnan Bin Mohd Roze selaku Tuan Setiausaha MDBB dan En. Shaiful Bin Ismail selaku Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan MDBB serta urus setia mesyuarat.

Taklimat dimulakan dengan aluan Tuan Yang Dipertua MDBB yang mengalu-alukan kedatangan pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan mengucapkan terima kasih kerana memilih Daerah Bandar Baharu sebagai kawasan kajian bagi Projek Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Majlis Daerah Bandar Baharu sebagai salah satu Pihak Berkuasa Tempatan di dalam negeri Kedah sebagai rakan kerjasama di dalam projek ini.

Taklimat diteruskan dengan pembentangan daripada En. Ahmad Azaruddin Bin Mohd Noor, Ketua Porgram Ekopelancongan dan Hutan Bandar, FRIM yang menerangkan tujuan projek Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) yang bertajuk Penilaian Kawasan Hutan Bandar dan Hutan Rekreasi Untuk Pengurusan Bersepadu ke Arah Kesejahteraan Masyarakat. Projek. Projek berkenaan melibatkan tiga (3) komponen seperti berikut :

    1. Kajian inventori flora dan fauna di kawasan hijau bandar
    2. Kajian penilaian kaedah kawasan hijau terhadap iklim mikro di kawasan hijau terpilih
    3. Kaji selidik faedah kawasan hijau kepada populasi setempat

Bagi pelaksanaan tahun 2022, ahli projek telah bersetuju untuk melaksanakan kajian di salah satu kawasan hijau di bawah seliaan Majlis Daerah Bandar Baharu sebagai lokasi kajian. Kajian untuk tempoh lima tahun ini adalah melibatkan kerjasama bersama PBT di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan pihak FRIM berharap kajian tersebut dapat dimanfaatkan oleh pihak PBT yang terpilih.

Setelah taklimat dan perbincangan, sesi diteruskan dengan pemberian cenderamata oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Majlis Daerah Bandar Baharu serta sesi bergambar kenang-kenangan antara dua jabatan.

Skip to content