10 MAC 2022 (KHAMIS)

MAJLIS PERASMIAN PELEPASAN PROGRAM KEMBARA PROMOSI PRODUK PELANCONGAN DAERAH BANDAR BAHARU 1.0

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Bandar Baharu (KSK MDBB) telah menganjurkan satu program kembara bermotosikal bagi mempromosikan produk-produk pelancongan di Daerah Bandar Baharu bermula 10 hingga 12 Mac 2022.

Oleh yang demikian, satu Majlis Perasmian Pelepasan Program Kembara Promosi Produk Pelancongan Daerah Bandar Baharu 1.0 telah diadakan pada 10 Mac 2022 (Khamis) bermula jam 8.15 pagi bertempat di Perkarangan Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu. Kembara bermotosikal ini disertai oleh Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu seramai lebih kurang 15 orang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Nazirul Mubin Bin Zahari, Pembantu Penguatkuasa MDBB dan diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Rohaizad Bin Rashid., SDK., AMK., BCK.

Tuan Yang Dipertua MDBB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penganjuran program ini dan berharap semoga produk pelancongan di Daerah Bandar Baharu mendapat perhatian dan dikenali oleh orang luar bagi memajukan lagi konsep agro-pelancongan daerah ini.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama kumpulan konvoi dengan Tuan Yang Dipertua MDBB, Ahli-ahli Majlis, Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu dan kakitangan serta urus setia terlibat.

Akhir sekali, acara kemuncak adalah pelepasan kumpulan konvoi kembara bermotosikal oleh Tuan Yang Dipertua MDBB pada jam 8.45 pagi dengan 12  orang peserta bermotor bersama sebuah Pajero Penguatkuasa dan sebuah Isuzu Dmax sebagai persediaan keselamatan sepanjang tempoh kembara tersebut.

Skip to content