KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di Kedah Darul Aman dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 32/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Lorong 64 dan 66, Taman Ria, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE Pengkhususan CE21

2. 33/2022
(KEJ)
Menaiktaraf Longkang Belakang Lorong Angsana 41, 43 dan 44, Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE Pengkhususan CE21

3. 34/2022
(KEJ)
Menaiktaraf Longkang Belakang Lorong 3 dan 4, Taman Emas, Bedong, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE Pengkhususan CE21

4. 35/2022
(KEJ)
Menaiktaraf Longkang di Padang Permainan dan Sekitar Surau Al-Ikhwan, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE Pengkhususan CE21

       

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)
(Wang tidak akan di kembalikan)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 16 Mac 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 23 Mac 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

Untuk Makluman

  1. Lawatan tapak tidak diadakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Tuan / puan boleh melawat sendiri kawasan / tapak berkenaan sepanjang tempoh sebut harga ini dijual. Sekiranya pihak tuan / puan ingin melawat kawasan / tapak berkenaan, sila pastikan pihak tuan / puan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka.
  2. Pohon pihak kontraktor sediakan salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir iaitu bulan Disember, bulan Januari dan bulan Februari.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 13 Mac 2022

Skip to content