13 MAC 2022 (AHAD)

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TAMAN REKREASI BATU HAMPAR, AIR PUTIH, SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

Majlis Daerah Bandar Baharu bersama-sama Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Puspanita Cawangan Kecil Bandar Baharu telah menganjurkan satu program gotong-royong yang bertempat di Taman Rekreasi Batu Hampar, Air Putih, Serdang, Kedah Darul Aman. Program ini juga disertai oleh jabatan lain misalnya Pejabat ADUN Bandar Baharu, Pejabat Daerah Bandar Baharu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), SWCorp, Pejabat Belia Daerah Bandar Baharu, APM dan orang-perseorangan.

Acara dimulakan dengan aluan pengerusi dan seterusnya ucapan daripada Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad Bin Rashid., SDK., AMK., BCK. yang mengalu-alukan kedatangan semua peserta gotong-royong yang sudi hadir pada hari ini dan memberi penekanan berkenaan kebersihan kawasan rekreasi yang menjadi tempat tumpuan orang ramai. Tuan Yang Dipertua MDBB juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua jabatan dalam usaha mengindahkan lagi kawasan rekreasi Batu Hampar ini sebagai salah satu tempat pelancongan yang boleh dikomersialkan lagi pada masa hadapan.

Akhir sekali, Tuan Yang Dipertua MDBB merasmikan program gotong-royong ini dan bergambar kenang-kenangan dengan wakil YB ADUN Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis MDBB, wakil jabatan dan semua peserta program. Setelah itu, program gotong-royong dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Skip to content